Warkah Untuk Kekasih
Assalamualaikum,
Terlebih dahulu biarlah Wawa ingatkan bahawa saya bukanlah
seorang penulis jauh sekali seorang yang berjiwa puitis dan kerana itu tentunya
saya tidak pandai untuk bermadah dengan apa yang bersirat di hati..
Sayang..
Bukan niat saya menyalahkan awak dengan apa yang berlaku
tetapi biarlah saya berterus terang.. Memang payah untuk menerima keadaan yang
saya tempuhi, wanita mana tidak berasa sakit dan cemburu bila diberitahu bahawa
kekasihnya berhubungan dengan kawan baiknya sendiri, terlalu rapat sehinggakan
ada yang mengatakan awak milik dia.. Wanita mana yang tak terguris hatinya ?
Bagi saya itu merupakan satu pembohongan !
Mana mungkin saya mahu berkongsi kasih dengan sesiapa jua.
Saya berusaha memberi ruang dalam perhubungan kita yang mungkin kali sudah lemah ini, agar
tidak menjadi debu yang akan terus terbang di angin lalu.. Sayang, ada kala
diri ini berasa dipinggir.. Sekalipun tidak mudah untuk terus tersenyum , saya
akan lakukannya.. Tolong jangan musnahkan lagi apa jua perasaan saki-baki yang
ada.. Jadilah seorang lelaki yang matang agar hidup ini diberkati ALLAH SWT..
Ada ketika perasaan rindu datang menjenguk menganggu
kewarasan saya sebagai wanita . Ada kala rasa memerlukan datang menghantui
pemikiran , membuat saya tertekan namun sebagai wanita yang mungkin ada egonya
saya terpaksa kawal apa saja perasaan yang mungkin menggagalkan kekuatan diri..
Biarlah saya berterus terang dan mengatakan ada waktu-waktunya diri ini merasa
lemah dan terlalu mengharapkan kasih sayang yang suatu ketika dulu telah
berjaya membuatkan diri ini terasa tinggi nilainya.. Mengharapkan awak sentiasa
disisi tapi terpaksa menarik diri agar tidaklah nanti menjadi wanita yang lemah
semangatnya..
Sayang,
Perasaan sayang itu tidak pernah berubah , mungkin hati ini
tersinggung dan mungkin jua merajuk.. Sayang, berilah kekuatan itu tanpa
memaksa apa-apa.. Pulangkan kembali kepercayaan yang sentiasa saya harapkan..
Permudahkanlah jalan , perkuatkanlah semangat.. Berharap cinta itu tetap ada ,
terselit di pangkal hati . Mendoakan agar ia mekar kembali , memohon keberkatan
Tuhan untuk kuatkan iman..
Wassalam ,
Still love you Ahmad Zulfadhli Mahadi
Wawa Soff .
0 comment(s) 


